kecerdasan otak ? sarapan ?

Kita pernah menyebut tentang pengambilan sarapan pagi sebelum ke sekolah... Ia dikatakan dapatMENGURANGKAN BERAT BADAN... Ingat lagi ker??? Sekarang kita lihat pula bagaimana sarapan pagi memberi kesan kepada otak kita...



TAHU TAK KAWAN-KAWAN BAHAWA TABIAT TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI BOLEH MEROSAKKAN OTAK KITA????? BAGAIMANA INI BERLAKU????

Apabila anda tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif...

Ermmm lihat betapa besarnya impak tidak mengambil sarapan pagi kepada otak kita!!! Oleh yang demikian, janganlah kita ambil remeh tentang pengambilan sarapan. Terutama pada pelajar-pelajar sekolah kerana kita memerlukan otak dan minda yang cerdas untuk belajar.
Sebenarnya ada banyak lagi tabiat yang boleh merosakkan otak kita. Antaranya tabiat merokok... Tahu tak, asap rokok boleh mengakibat sel-sel otak terbakar... dan ia boleh mengakibatkan perokok menghidapi penyakit Alzheimer.. 

Tabiat tidur berlebihan juga sebenarnya boleh merosakkan otak kita tau! Tidur bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang terlalu panjang akan mengakinatkan sel-sel otak kita mati. Sebagi tambahan, jangan kita menutup muka ketika tidur. Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak..
INGAT YER KAWAN-KAWAN!!!

Sikap kita yang malas berfikir dan kurang berimaginasi akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif.. Apabila otak kurang aktif, ini akan menyebabkan tahap kecerdasan otak kita menurun... 

JADI BAGAIMANA KITA BOLEH MENINGKATKAN KECERDASAN OTAK???? 

sdp aw koko crunch .. ekeke
1) Ambil sarapan pagi!!! Untuk melihat sarapan pagi yang sihat boleh merujuk artikel Sarapan Mudah & Sihat. Sekiranya anda semua ingin membeli sarapan di luar, jangan lupa HAK KITA SEBAGAI PENGGUNA YER... Buatlah pilihan sebaiknya...

2) Tidur secukupnya sahaja.. Jangan lah tidur sampai tengahari...

3) Banyakkan berfikir dan berimaginasi! Sebagai contoh, kita boleh membuat perbincangan yang membina bersama rakan-rakan bagi mengaktifkan otak kita... Jangan la jadi seorang yang pasif dalam kumpulan perbincangan...

4) Selain itu, elakkan perbuatan rutin... Sebagai contoh setiap hari bangun pagi kita selalunya kita akan terus ambil tuala dan ke bilik mandi. Apa kata selepas ini bangun dari tidur kita buat sedikit senaman ringan seminit dua dahulu. Setiap hari kita bangun pagi buat perkara yang berbeza-beza... Perkara rutin akan membuatkan otak kita pasif!!! ingat tu!!!

INGAT YER, OTAK & MINDA YANG CERDAS AKAN MENGHASILKAN BUAH FIKIRAN YANG BERMUTU & KREATIF!! 

PEMIKIRAN KREATIF BOLEH DIPUPUK TAU!!!! INGAT TU!!!


terima kasih baca. suka? like je :)

No comments: