broken hearted


pmr dah dekat sangat dah. esok pun dah mula jadual anjal. kelas pun sampai pukul 3 je. petang insyallah aku study sendiri, malam study group dengan Syikin dengan Niena. ye, hati ni sakit sangat-sangat walaupun aku dah luah dekat maksu. walaupun aku dah luah dekat mak ijat. dekat Najaa, dekat FANIA. tapi hati ni, Allah je tau. petang tadi aku tanya Ijat, dia sayang budak tu? dia cakap ye, sebab budak tu dah ada dalam hati dia. masa tu, aku terus nangis. aku tanya macam-macam, tapi dia cakap jangan ganggu hidup dia lagi. tapi petang tu aku dah sebak gila, aku buat tindakan drastik pergi rumah dia sebab nak cerita dekat mak dia. aku datang, salam mak dia. dia kata Ijat takde. jadi aku bagitau aku dah putus sebab dia dah ada orang lain. masuk dalam rumah, aku main dengan kucing dia, berbual dengan mak ayah dia macam diorang mak ayah aku. aku seronok dekat situ. tapi Ijat, sanggup lepak dekat tasik selagi aku tak balik sebab tak nak jumpa aku. okey, dia dah benci aku. aku tanya mak dia, aku nak buat apa sebab pmr dah dekat. faizah asyik nangis, asyik teringat ijat. mak dia tanya, aku suka ijat ke tak. dan aku jawab ye, dah dekat 2 tahun dah cik. dia nasihat aku macam-macam, fikir masa depan. Ijat dah nak habis sekolah, aku pun banyak masa lagi, panjang lagi nak belajar. aku terima nasihat tu. cuma aku nak rapat denga family dia. aku dah sayang family dia macam aku sayang family aku. aku buat solat hajat, mintak jodoh dia dengan aku. kalau takde jodoh, redhakan aku dengan ketentuanNya. sekarang, pmr. lepas pmr, baru aku nak menangis ke apa. tadi lepas solat, mak aku suruh baca doa untuk elakkan kerunsingan dan kecelaruan. mak aku cakap, tengok kau serabut je, doa banyak-banyak. aku doa ape yang aku hajatkan dan aku baca doa untuk Allah makbulkan doa aku. lepas menangis dekat sejadah, lepas lame nangis ngadu dekat DIA, aku tenang. walaupun hati ni sakit, tapi aku tetap sujud pada DIA supaya DIA jaga aku, jaga iman aku, jaga hati aku. sebab bila hidup tengah kosong macam ni, syaitan sedang menggoda buat perkara yang dimurkai Allah. 

Ya Allah, kini aku kembali kepadaMU. aku sedar Kau rindukan aku. aku takkan sesekali melebihkan hambaMU daripada MU. maafkan aku atas kekhilafanku selama ini Ya Allah. peliharalah aku, peliharalah hati aku, peliharalah imanku. jangan biar aku menangis kerana lelaki lagi Ya Allah, biarkan aku menangis keranaMU, kerana dosa silamku, kerana kebahagiaanku. peliharalah aku Ya Allah. Amin.

terima kasih baca. suka? like je :)

No comments: