malam anugerah juara segala juara ||
malam tadi semua okey . boleh tahan la meriah dia . aku just pakai baju kurung pahang warna hijau . tudung warna cream . nak pakai selendang , takut kena halau . tapi okey what . aku comel jugak . hehe . pukul 7.30 aku dah siap . sampai dewan kejora pukul 7.40 la labih kurang . sampai sana , amboih . ternganga mulut aku tengok senior yang make up tebal 5 inci , baju vogue gila , siap ada pakai dress , pashmina dengan handbag pelbagai warna , baju ketat dan shawl lilit sana sini macam mumia pun ada aku tengok . dah sampai depan dewan , nampak shahrizat . hensemnya ^_^ . dengan blazer , seluar slack dan kemeja hitam putih . aku pulak duduk belakang dia . selang satu meja je . kira dekat la jugak . mata ni pun asyik gatal je nak tengok dia . hehe . aku asyik bergambar je . masa shahrizat dapat anugerah , bukan main kuat aku tepuk . sebelum tu tak pun sebab sibuk bermesej dengan dia la --' . bila makan slow sangat sebab gigi gaham bongsu nak tumbuh . nasi punya lah sikit tapi lambat sangat nak habis . tapi dengan gigihnya aku habiskan nasi tu dengan sokongan kak ana . hahaha . lepas tu , minum cendol . sedap kauu . lepas tu , ada persembahan . ada jemput finalis tv2 . entah lah , tak kenal . saya tengok astro je cikgu --' . lepas tu , najwa latiff . comel muka dia walaupun tak minat dia sangat . yang peminat dia semua dah pergi dekat pentas ambil gambar dia . last sekali , dia nyanyi lagu cinta muka buku . nyanyi ramai-ramai sambil tepuk tangan . dah nak habis lagu tu , ada budak form 4 bagi dia bunga ros plastik tu . dia pun dah segan-segan kat depan . comel muka dia macam tu .
---> eh korang (bagi peminat najwa latiff) , tak jeles ke ada orang bagi dia bunga ? melepas kau nanti :D
pukul 11.30 habis acaranya . johan , cosmos (rumah biru) . tahniah ! lepas tu lepak dekat tepi pintu dengan shahrizat dengan nina . aku pergi luar , cakap dengan shahrizat nak ambil gambar tapi dia tak baca pun mesej dia . dan aku panggil dia 3 kali tu dia tak dengar pun . sampai mak aku ajak balik , dia tak baca pun mesej dia . aku pulang sapu tangan dia je . tak ambil gambar pun . sedih . sobsob =.=
nanti aku upload gambar okey ? bye dear !
---> aku bercoment dengan bakal maksu aku dekat facebook lah :D
terima kasih baca. suka? like je :)
No comments:
Post a Comment