teruskan menyesal


setiap orang melakukan kesilapan.
takde seorang pun yang terkecuali.
kita tak sembahyang, takpun mesti ada tinggal satu waktu.
tak kiralah subuh, zohor, asar, maghrib ataupun isyak. 
kita menipu mak ayah,
kita buat macam-macam kesalahan.

walau macam mana pun susahnya nak tinggalkan semua tu,
kita mesti cuba. 
paling kurang pun kita boleh marah diri kita, walaupun masih buat benda tu
biar kita jijik dengan diri kita sebab buat benda-benda macam tu
walaupun susah kita nak tinggalkan benda tu

sebab Allah yang pandang kita
kita tak perlu peduli orang nak maki, nak caci kita ke apa
janji Allah pandang kita, Allah nilai kita 
setiap kebaikan yang kita buat walau sekecil zarah pun

walaupun kita pakai seksi, tak pakai tudung dan sebagainya,
kita boleh caci diri kita, marah diri kita sebab buat semua tu
kita taubat la berapa kali pun, lepas tu buat lagi
kita usaha lagi untuk tinggalkan perkara tu
sebab lebih baik kita berusaha daripada pasrah dengan takdir Allah
'oh, aku dah jahat. Allah dah tentukan aku macam ni'
sebaiknya kita berusaha untuk berubah walaupun susah sebab Allah je yang tau
susahnya kita nak tinggalkan perkara tu

--> takde niat pun untuk galakkan orang berbuat dosa, harap maklum.

* sekadar untuk berkongsi. untuk menaikkan semangat orang yang susah tinggalkan dosa untuk sentiasa beribadat dengan ikhlas kepada Allah. Mudah-mudahan terbuka hati untuk bertaubat.
#untuk baca full version, beli remaja 1 Ogos. terima kasih :)



terima kasih baca. suka? like je :)

No comments: