salam aidiladha ! untuk yang ni, pak cik takde. kereta dia masuk hospital. tak dapat kumpul ramai-ramai. kalau tak lagi meriah woo~ area pukul 11 lebih, kitorang dah salin baju dah. nak pergi H&M. cari seluar Ana untuk Malam Anugerah Juara Segala Juara isnin ni. mula-mula masuk Lot 10 tapi takde parking. but, sekali masuk bayar RM 7. what? cekik darah kot, pusing-pusing cari parking baru 7 minit. then, Kak Aisyah pergi parking dekat Pavilion. sekali masuk RM 8. aku dah doa dulu harap-harap ada parking. nasib baik ada, alhamdulillah. jalan pergi dekat H&M, masuk je tak jumpa diorang dah. naik 1st floor, cari seluar. tak jumpa. keluar dari H&M tu masuk kat iSetan. terjumpa seluar coklat, cantik :) kak Ana pun jumpa seluar dia. pujuk mama, dapat seluar coklat tu. wee :) lepas tu mak long ajak masuk pavilion. masuk-masuk je, aku jakun sebenarnya. tapi buat-buat tak jakun la. terus nak pergi Starbucks kat level atas. masuk kat Baskin Robin, nak belikan ais krim bebudak. last-last, aku dengan Ana pun dapat .
perisa chocolate crackle cookies :)
lepas tu balik sebab masing-masing dah ngantuk. sampai je rumah, dapat katil terus tertidur. bangun pukul 8 malam. teruknyaa ~
* before going to pavilion :)
wahai si hantu (dekat shoutbox), kalau tak suka lagu tu boleh stop kan dia kalau tak pun mute kan speaker. ni blog aku, suka hatilah nak tulis pasal ape pun
No comments:
Post a Comment