dugaan untuk umat islam
untuk menguji keimanan mereka
serta untuk meningkatkan ketaqwaan mereka
dan juga keimanan dalam hati mereka
umat islam perlu melalui segala kepayahan hidup didunia
yang bukan islam pula bersenang lenang didunia
tak usah risau, tak usah khuatir
mereka akan mendapat balasannya diakhirat kelak
jika iman kita teguh
jika hati tetap pada islam
In Shaa Allah kita akan bahagia
kita akan diberi ganjaran oleh Allah diakhirat sana
kita perlu bertaubat
kita perlu insaf atas segala dosa yang pernah kita lakukan
sebelum pintu taubat itu tertutup
dan sebelum kita semua menyesal kelak
aku bukan ingin tunjuk lagak
aku juga bukanlah sebaik-baik manusia
tapi islam itu menyuruh supaya kite nasihat menasihati sesama umat
jadi itulah yang sedang aku lakukan
jika terdetik perasaan takut dihati kamu
itulah iman
walaupun sebesar zarah
namun iman itulah yang akan membawa kamu ke syurga
aku sendiri berasa gerun
takut ibadat aku selama ini tidak diterima
takut jika ibadat aku selama ini tidak mencukupi
juga takut jika dosa yang aku buat sangat banyak melebihi amalan yang aku lakukan
marilah kita berdoa
agar saudara kita di Palestin bangkit menentang Yahudi
agar saudara kita di Palestin tidak putus semangat jihadnya
serta agar saudara kita di Palestin selamat dari segalanya
kerana sesungguhnya Allah telah menetapkan di dalam Al-Quran
umat islam akan menang
Yahudi akan kalah
dan tika itulah kita perlu bersedia untuk menghadapi Hari Kiamat
#sama-samalah kita berdoa supaya saudara kita selamat dengan izin Allah. Aminnn , baca surah Al-Ikhlas banyak-banyak.
No comments:
Post a Comment