hidup juga terlalu banyak deritanya
yang paling penting,
hidup itu terlalu banyak kepura-puraan
aku tidak maksudkan sesiapa di sini
maafkan aku jika kau terasa
aku cuma luahkan
apa yang aku rasa selama ini
terlalu banyak pura-pura
seperti tidak ada yang boleh dipercaya
ramai yang hipokrit serta talam dua muka
termasuklah aku
aku berpura-pura gembira
aku berpura-pura menikmati hidup ini
aku berpura-pura mengukir senyuman
aku hanya mampu berpura-pura kerana hati aku sedang sakit
aku masih tersenyum namun aku sakit
aku masih bergelak ketawa walaupun aku sakit
aku masih tidak menitiskan air mata walaupun aku sakit
kerana itulah hidup dunia
aku cuma minta kau sayang aku seperti mana aku sayang kau
aku cuma minta kau rindu aku seperti mana aku rindukan kau
aku cuma minta kau hargai aku seperti mana aku hargai kau
aku tak akan minta apa-apa daripada kau lepas itu
aku cuba bertahan selagi aku mampu
aku cuma mahu buat kau bahagia
aku cuma mahu kembalikan kau pada yang dulu
itu permintaan terakhir aku
jika selepas itu kau mahu buang aku daripada hidup kau
silakan
jika selepas itu kau mahu anggap aku tidak pernah wujud dalam hidup kau
silakan
aku akan padamkan segala kenangan aku dengan kau
aku akan lenyapkan segala ingatan kau terhadap aku
kau tidak akan rasa derita
kau akan bahagia tanpa aku
namun jika kau teringat aku balik
maafkan aku andai kau tidak berjaya mencari aku balik
bukan kehendak aku
tapi kehendak Ilahi
kerana ....
aku pernah mengatakan pada kau
bahawa aku tidak akan pernah hidup tanpa kau
aku tidak dapat hidup tanpa kehadiran kau
maafkan aku
maafkan aku juga kerana aku selalu berpura-pura tabah di hadapan kau
maafkan aku kerana aku selalu berpura-pura gembira di hadapan kau
tapi percayalah
disebalik sikap berpura-pura aku itu
aku hanya mahu kau gembira
tanpa menyempitkan fikiran kau perihal aku
stay dengan aku? i'll make you happy like old days. i'll change you like before. give me last chance, and i'll never disapointed you again. just don't treat me like this, it hurts me, a lot
No comments:
Post a Comment