bintang aku :')

semalam kita gembira
semalam kita gelak ketawa
semalam kita bergurau senda
semalam seronok sangat

tapi hari ini tiba-tiba suram
hari ini sunyi
kerana kau tidak menemani aku
sepanjang hari ini

aku tidak tahu apa silapku
juga salahku serta khilafku
pelbagai andaian tiba di mindaku
namun aku abaikan

aku tidak boleh makan kerana nanti aku muntah
aku tidak boleh tidur kerana nanti aku mimpi kau
aku tidak boleh gembira kerana fikirkan kau
hidup aku segalanya tentang kau

kau bintang aku
kau akan selamanya jadi bintang aku
aku doa semoga kau tetap bersinar
walau dimana pun kau berada

ucapkan padanya, aku

R.I.N.D.U



terima kasih baca. suka? like je :)

No comments: