hati


hati ni bukan untuk dipermainkan
juga bukan untuk disakiti dan ditoreh supaya luka
hati ni bukan berlian yang sangat keras
hati ni hanya sekeping hati yang ingin rasa disayangi

kadang ku tak mengerti
perlukah hati ni disakiti
seronokkah melihat penderitaan orang lain
mengalirkan air mata tidak berhenti kerana sikap kau itu

hidup yang bertunjangkan nafsu
tidak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki
kau ingin jadi yang utama
kau juga akan sakit hati melihat kebahagiaan orang lain

kadang ku tertanya-tanya
kuatkah aku untuk menghadapi segala dugaan yang mendatang
aku ragu-ragu
namun, lihatlah aku

aku berjaya sampai ke tahap ini
aku berjaya tebalkan iman ku kembali
aku berjaya berusaha untuk bangkit
walaupun berkali-kali pilihanku hanyalah mati

hati ni sudah tidak serupa hati
hati ni sudah banyak parutnya
parut lama dan ada juga yang masih segar baru
dah hati ini sedang terluka

angin lalu
titipkan pesanku pada dia
teruskanlah menyakiti hatiku
akan ku tahan segalanya selagi aku mampu

namun jika hati ni sudah tidak kuat
hati yang sentiasa maafkan kau ini
akan menjadi lebih keras seperti kerikil
dan pada masa itu, kau akan menyesal kerana menyakiti hati aku

just fake smile as long as i can smile :')



terima kasih baca. suka? like je :)

No comments: