13 Disember 2012

tarikh esok, jadi maknanya sudah 3 bulan aku single. tanpa seorang lelaki yang bernama Shahrizat. bila dia baca entry ni, mesti dia marah aku kan? sebab aku masih mention lagi nama dia dalam blog aku walaupun kami dah takde pape hubungan lagi. maaflah, aku hanya ingin meluahkan rasa. rindu, sedih, kecewa, macam-macam. aku tak tau macam mana rasanya ingin teruskan lagi hidup ni tanpa semangat dia, tanpa dorongan dia dan segala gelagat dia. aku tak ingin meraih simpati, cukuplah sekadar meluahkan rasa hati.

setiap kali rasa rindu menjengah hati, aku akan keluar. duduk di bangku luar rumah, melihat bintang yang sangat banyak dan sangat terang di dada langit. dia bintang aku, dan aku tenang melihat Bintang Sirius ku menemani malamku. dulu, bila aku tengok bintang, mesti aku text dia. bintang malam ni takde, gantikan bintang Sirius malam ni. bersinar dengan cara abang untuk temankan iza malam ni. itu cerita dulu.

sekarang aku masih ingatkan kau, masih rindukan kau dan masih sayangkan kau macam dulu. takde yang berubah walau sebesar zarah pun. sekarang aku text ramai laki. aku tau aku dah jadi playgirl sekarang. sebab aku nak cuba lupakan kau. tapi tak boleh, makin ramai aku text laki aku makin serba salah pada kau. entahlah sayang, aku tak tau sebab apa. jadi aku beli nombor baru. nombor yang sepatutnya aku beli masa aku dengan kau. nombor yang selamatkan aku daripada lelaki. nombor yang buat aku tenang.

aku layan mereka macam kawan tapi tanpa sengaja aku buatkan mereka sukakan aku. kejamkan aku? kalau kau tau aku macam ni, kau mesti tak nak kat aku lagi. aku tau. aku kembali kepada dulu, pakai rantai hitam, gelang hitam, anting-anting hitam. hampir kepada seorang tomboy. tapi hati aku tak dapat jadi kuat macam dulu. jadi aku beli satu buku. aku curahkan segalanya dalam tu dalam bentuk sajak. segalanya pasal kau. dari muka surat pertama, sampai yang terakhir, semuanya pasal kau. ada gambar kita, gambar kau, nota yang kau selit bawah meja aku kat sekolah. macam-macam.

kau tau tak? aku sangat rindukan gabungan nama kita. SHAHIZA. dan aku rindukan annivesary kita, 22 Nov. aku rindu kita naik motor, kau naik motor kau, aku naik motor aku, petang sebelum kau pergi main takraw. aku bawak motor kat tengah-tengah jalan dan kau mesti bebel kat aku. bahaya. sekarang, aku bawak tengah-tengah jalan dan harapkan kau tegur aku. tapi takde walau lama mana pun aku tunggu. aku rindukan ucapan selamat pagi dan selamat malam kau. aku rindu bila kita jumpa depan rumah kau. kita berbual, gelak, nangis. segala-galanya dekat situ.

aku nak lupakan kau dan jumpa orang lain. aku nak bahagia macam kau sekarang walaupun kau dengan orang lain. tapi aku tak boleh. aku tak boleh lupakan kau dan aku tak boleh gantikan tempat kau dengan orang lain dalam hati aku. sebab aku pernah janji. aku tak boleh terima lelaki lain walaupun sekarang kononnya aku bahagia dengan TTM aku. mama aku sedih aku macam ni, sebab mama aku cakap aku tak kuat macam yang mama sangka. mama kata, doa je la. kalau 10 tahun lagi kau jumpa dia dan dia jodoh kau, mama terima. mungkin sekarang ni Allah nak uji kau, nak uji dia.

sekarang, Allah bagi aku lelaki dan juga perempuan untuk jaga aku. diorang dengar luahan hati aku, diorang bagi semangat pada aku untuk aku bangkit. dan aku cuba demi diorang walaupun aku rasa aku tak mampu. aku terpaksa berpura-pura depan mama. aku telan makanan depan mama walaupun payah, aku pura-pura tidur walaupun sebenarnya aku jaga seperti burung hantu, aku pura-pura gelak depan mama supaya mama fikir aku anak dia, Faizah yang paling kuat dalam family. Faizah yang ceriakan family. Faizah yang dah bangkit lepas kecewa.

aku boleh teruskan beberapa hari ni tanpa kau. tapi tiba-tiba kau call aku. dan nama kau, buat aku meronta untuk text kau untuk bagitau batapa rindunya aku dengan kau. tapi aku tahankan hati. bila nama kau muncul sebagai miss call, aku mula rindu kau. aku mula rasa sunyi bila kau takde. dan sayang? aku ada hadiah untuk kau. macam yang aku janji masa kita couple dulu. result PMR aku. kalau aku 8A, tu hadiah aku. PMR yang aku lalui tanpa semangat kau, tanpa dorongan kau sebab selama ni kau yang suruh aku belajar. masa PMR, aku tak berapa nak belajar. kau tau kan? aku pernah janji untuk bersama dengan kau, masa kau SPM. hari pertama SPM, aku hantar kau dengan pandangan mata masa kau nak masuk dewan. aku terus stay dengan kau sampai kau habis SPM walaupun masa tu kita tengah gaduh. bila kau habis SPM, kau dengan orang lain. aku cuba terima walaupun perit.

buku sajak yang penuh pasal kau tu, aku nak bagi kat kau. tapi aku takut mengganggu hidup kau. takpun mesti kau kata aku minta simpati. nanti aku fikir dulu pasal tu. aku ajak mama jalan untuk happykan hati aku ni. sekarang, aku baru sampai Putrajaya. esok aku terus travel ke Perlis. stay KL seminggu nanti dan balik T6 untuk terus sambung sekolah aku lagi 2 tahun tanpa kau kat sekolah tu. aku decide nak teruskan olahraga untuk penuhkan hari aku dengan training tanpa fikirkan kau. decide nak teruskan handball. tapi pasal handball ni, aku mesti teringat kau. dekat court tu la kite jumpe. kite start relay kite pada 22.11.10. kau kata nak ajar aku pevot. handball memang banyak kenangan kite. then aku nak masuk bahas. cikgu suruh aku masuk. bila hari aku dekat sekolah dah penuh dengan aktiviti, takdelah aku teringat kenangan kita. setiap sudut dekat sekolah tu ada kenangan kita. bukan tak nak pindah, aku nak masuk SM Sains Selangor. tapi aku tak nak tinggalkan mama sorang-sorang bila akak dengan adik aku keluar nanti.

sekarang aku doa, result PMR 19 Dec ni akan jadi hari menggembirakan untuk aku, family dan kawan-kawan aku. aku takkan kacau hidup kau lagi cuma aku minta maaf sebab segala dekat blog ni berkaitan dengan kau. aku minta maaf fikirkan kau tanpa izin kau. aku minta maaf sayangkan kau dan rindukan kau tanpa izin kau. maafkan aku, semoga kau bahagia selamanya. tak kira kau dimana mahupun dengan siapa.

dan juga para pembaca, maaf andai entry kali ni membosankan. dan Scha, terima kasih sudi jengah blog kita dan tunggu setiap update dari kita. terharu :')

terima kasih baca. suka? like je :)

No comments: