Hadiah


alhamdulillah. 19 Dec tarikh keramat. malam tu aku gelisah, risau gila. sampai tidur pukul 5 pagi. pukul 9 setengah aku bangun. aku macam dapat dengar jantung sendiri, macam baru lepas lari 100 meter. aku terus capai iPad mak uda then nak check online. tapi tak boleh. aku terus capai fone, try sms. tapi tak reply. tok mak ajak sarapan dulu. masa tu mama tengah basuh kereta kat luar. tetibe, dia jerit. 'Faizah, congrates!'. aku terus peluk tok mak. and aku terus call Shahrizat. bagitau dia pasal result aku. mukadimahnya lepas salam, dia tanya ni siapa. sentap dulu. then senyum lagi. aku jawab, ni faizah. 'iza ade hadiah untuk awak'. dan dia ucap congrates. then aku cepat-cepat putuskan call, takut ada benda yang dia cakap aku tertacing. lepas tu aku bagitau kawan-kawan. 

aku dah janji kat dia, dan dia dah dapat hadiah dia. masa tu aku nak dia bangga dengan aku. aku teringat masa aku bagitau dia result percubaan aku. dia senyum lebar, sampai ke telinga. dia kata, 'yes! tahniah sayang.' tapi semua tu dah takde. dan aku rindu sangat semua tu. aku teringat masa aku clash dulu.

2 minggu sebelum PMR. aku ngadu dekat mak dia dan mak dia kata jangan fikir sangat. esoknya nak exam, aku study. tapi aku rasa kosong sangat. aku tak semangat langsung nak study. masa dalam dewan, aku cuak. bila tengah jawab, aku ternampak dia kat blok sebelah. masa tu aku dah sebak. aku ternangis masa tu. aku conteng kertas soalan, apa yang aku fikir masa tu. aku dah lega, aku terus sambung buat balik. bila dah habis exam, aku hang dengan kawan-kawan dekat gunung. aku lupa semuanya. tapi satu je, aku mesti teringat dia masa aku nak tidur. dan aku terus tak tidur lepas tu. abaikan semua tu

aku call Niena tak dapat. call Ibu pun tak dapat. aku call Azlin dulu. alhamdulillah, dia pun perfect score. tengok FB, Aisyhah pun perfect score. congrates sayang. aku call Syikin, berbual dengan Ibu, dengan Niena pastu Amani. congrates sayang, walaupun tak perfect score, SPM ade lagi. aku akan tolong korang nanti. sebenarnya, aku tak sure dapat 8A. aku harapkan aku 8A tapi dalam masa yang sama aku fikir aku fail terus. sebab masa exam tu aku frust. frust sangat-sangat. 

alhamdulillah, aku berjaya. ni hadiah untuk arwah ayah dengan mama. dan juga hadiah untuk Shahrizat. ayah dulu kata, kalau faizah dapat 8A, dapat anugerah daripada Affin. aku dah tunaikan harapan ayah tapi tak dapat anugerah tu sebab ayah dah takde. aku paling tacing bila cakap dengan Pak Long sebab dia macam ayah aku. dia janji nak bagi hadiah. dan buatkan aku rindu ayah :')

aku tak mintak ape-ape bila dapat 8A ni. aku cuma nak orang bangga dengan aku. aku nak ayah senyum untuk aku. terima kasih pada orang yang wish aku sebelum PMR, yang support aku masa PMR, yang ucapkan tahniah untuk aku bila dapat result. 

kak sue, Happy Belated Birthday. iza sebak sangat bila akak kata akak anggap iza, sayang iza macam adik akak. thanks untuk segalanya. iza sayang akak. 

terima kasih baca. suka? like je :)

3 comments:

Yaya Hatsumi said...

Sedih je baca entry ni. Tahniah eh. *lap air mata*

Cornelia Waldorf said...

You are tagged ! http://blalalableh.blogspot.com/2012/12/fivers-hijabis-giveaway-by-mv.html

aNGah mAchE said...

watchaaa ! akaq congrates :)